Langkau ke kandungan utama

Catatan

Plant booster Effective microorganisms (EM)

Assalamualaikum,  pada kali ini ffagrofarm nak share serba sedikit cara-cara nak tingkatkan kesihatan pokok kita melalui kaedah pemberian booster yang ditingkatkan bersama EM. Untuk pengetahuan penggunaan booster pada tanaman amatlah penting bagi petani dan usahawan yang mana ianya dapat meningkatkan hasil pengeluaran pada tahap yang maksimum,  bagi penggunaan EM pula boleh dikatakan ianya berfungsi sebagai guard,   yang mengawal dan menjaga tanaman dan membantu merencatkan patogen jahat yang tidak diperlukan. Penggunaan EM ini diakui 100% selamat dan digunakan di kebanyakan negara dalam penghasilan makanan yang selamat untuk dimakan ( natural farming ), umum mengetahui ,penggunaan bahan kimia pada tanaman seperti racun serangga dan kulat mendatangkan kesan sampingan pada badan manusia.  oleh itu penggunaan Booster dan EM ini mampu menghasilkan makanan yang bebas dari sisa kimia sekaligus selamat untuk dimakan , bukan itu saja ,hasil tani kita juga dapat ditingkatkan.
Catatan terbaharu

Sakata 461

Sakata F1 hybrid Sj2- 461 Pertama kali saya mencuba benih keluaran dari sakata 461,ternyata cili ini tidaklah cerewet mana. Bagi usahawan yang baru menceburi bidang tanaman fertigasi cili. Jika anda menanam cili 461 ini saya syorkan sokongan yang sesuai adalah dengan menggunakan jaring tanaman yang dipasang dibahagian bawah dahan utama, supaya dahan tidak mudah patah seterusnya mengelakkan kerugian hasil tanaman. Ini kerana cili 461 mengeluarkan cabang ranting dahan yang sangat banyak, dahan yang berbentuk Y  selalunya mudah terbelah dan patah apabila buahnya semakin besar dan matang ditambah pula tiupan angin kencang jika di tanam di kawasan terbuka. Setakat ini purata hasil adalah linkungan 2.5 - 3 kg per pokok, mungkin bagi orang lama atau bergelar sifu hasilnya berbeza dengan kaedah penggunaan baja dan teknik tertentu sudah tentu hasilnya lebih lagi. Catatan : Berbunga dan berbuah serentak dengan banyaknya Cabang ranting yang mudah patah jika sokongan dahan tidak cukup