Langkau ke kandungan utama

Plant booster Effective microorganisms (EM)


Assalamualaikum,  pada kali ini ffagrofarm nak share serba sedikit cara-cara nak tingkatkan kesihatan pokok kita melalui kaedah pemberian booster yang ditingkatkan bersama EM.


Untuk pengetahuan penggunaan booster pada tanaman amatlah penting bagi petani dan usahawan yang mana ianya dapat meningkatkan hasil pengeluaran pada tahap yang maksimum,  bagi penggunaan EM pula boleh dikatakan ianya berfungsi sebagai guard, yang mengawal dan menjaga tanaman dan membantu merencatkan patogen jahat yang tidak diperlukan. Penggunaan EM ini diakui 100% selamat dan digunakan di kebanyakan negara dalam penghasilan makanan yang selamat untuk dimakan (natural farming), umum mengetahui ,penggunaan bahan kimia pada tanaman seperti racun serangga dan kulat mendatangkan kesan sampingan pada badan manusia.  oleh itu penggunaan Booster dan EM ini mampu menghasilkan makanan yang bebas dari sisa kimia sekaligus selamat untuk dimakan , bukan itu saja ,hasil tani kita juga dapat ditingkatkan.

Dizaman kini penggunaan EM dan booster pada tanaman bukan lagi benda baru ianya telah lama diamalkan di kebanyakan negara, bahkan kini produk produk EM beserta booster tanaman mudah dibeli di kedai pertanian mahupun kedai online. bagi yang inginkan kemudahan, anda hanya sediakan Wang Ringgit dan pilihlah beli dikedai ataupun belian secara online.  Bagi suri rumah yang suka bercucuk tanam sama ada tanam sayuran atau pun pokok bunga, penggunaan booster dan EM ini amatlah sesuai kerana tidak berbahaya dan selamat untuk keluarga anda. Baiklah kita teruskan dengan cara-cara penyediaan booster tanaman plus EM kita.

Perkara pertama yang perlu disediakan adalah bekas yang sesuai untuk penyimpanan. Kedua adalah bahan-bahan untuk booster dan EM kita

Bahan bahan 1:1

1. Pisang,labu, sayuran berdaun hijau seperti kangkung, sawi dan kubis 200g tiap 1 bahan.
2. Air bebas klorin terpulang air hujan, air sungai,  air telaga janji tak ada klorin. 10 liter
3. Telur ayam 10 biji
4. Belacan 10g
5. sebotol yakult
6. 1 kg molasses @ gula melaka.
7. Ragi @ yis 10g 

Cara cara menghasilkannya

1. isi air dalam bekas masukkan gula melaka @ gula merah,belacan,telur,yakult dan kacau sebati
2. potong dan cincang halus sayur dan buah supaya mudah hancur,  masukkan dalam bekas air tadi
3. taburkan ragi atau yis diatas bahan sayur dan buah tadi, dan tutup rapat
dan peram selama 3 ke 4 minggu sebelum ditapis, siap ditapis sedia untuk digunakan pada tanaman anda.

Penggunaan nisbah 1:100 atau 20-25 ml bagi 1000 ml air.

P/s penaja.

pastikan semasa proses peraman buka penutup bekas tadi 2 ke 3 hari sekali bagi bekas besar atau 1 ke 2 hari sekali bagi bekas kecil untuk mengeluarkan gas dan mengalirkan udara supaya mikrob tadi dapat oksigen yang mencukupi.

Jika anda rasa ianya bermanfaat share dengan keluarga serta kawan anda, jika ada sebarang pertanyaan ajukan di ruangan komen.   Next saya akan share pula cara hasilkan racun organik dan cara penggunaan nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakata 461

Sakata F1 hybrid Sj2- 461 Pertama kali saya mencuba benih keluaran dari sakata 461,ternyata cili ini tidaklah cerewet mana. Bagi usahawan yang baru menceburi bidang tanaman fertigasi cili. Jika anda menanam cili 461 ini saya syorkan sokongan yang sesuai adalah dengan menggunakan jaring tanaman yang dipasang dibahagian bawah dahan utama, supaya dahan tidak mudah patah seterusnya mengelakkan kerugian hasil tanaman. Ini kerana cili 461 mengeluarkan cabang ranting dahan yang sangat banyak, dahan yang berbentuk Y  selalunya mudah terbelah dan patah apabila buahnya semakin besar dan matang ditambah pula tiupan angin kencang jika di tanam di kawasan terbuka. Setakat ini purata hasil adalah linkungan 2.5 - 3 kg per pokok, mungkin bagi orang lama atau bergelar sifu hasilnya berbeza dengan kaedah penggunaan baja dan teknik tertentu sudah tentu hasilnya lebih lagi. Catatan : Berbunga dan berbuah serentak dengan banyaknya Cabang ranting yang mudah patah jika sokongan dahan tidak cukup